ya allah , kuatkanlah imanku .


Assalammualaikum . alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku rasakan . air mata aku menitis saat mendengar luahan hati wardina saffiyah . aku hanya mendengar sambil menaip soalan ujian bulanan 1 utk sek mak aku . hati jadi rasa sangat sangat ikhlas menolong mamaku saat itu . hati ini rasa terlalu bersyukur yg tak terhingga kpd allah swt kerana aku tak melalui apa yang wardina harus lalui.

aku mula bertudung saat aku berusia 9 tahun dan tak pernah membuka tudung sampai ke saat ini. alhamdulillah . sewaktu aku berusia 7 dan 8 tahun , aku tidak pernah bertudung . mamaku juga tak memaksa ku bertudung sebab aku masih kecil dan belum menjadi kewajipan bagiku utk memakai tdung . tetapi selepas aku baligh , perkara pertama yg mama ckp adalah "mulai saat ini kena bertudung . dosa manja yang tanggung skrg ."

aku pun bertudung kerana kehendak mama . aku tak pernah rasa ape2 ketika bertudung . kadang kala rasa nak membantah sebab tgk kawan2 ramai yang tak bertudung . suatu hari aku dimarah oleh abangku kerana keluar rumah tanpa bertudung . aku jd rimas , kenapa aku perlu bertudung ? hak aku sama ada aku mahu pakai ataupun tidak . tapi aku simpan dalam hati sahaja. aku bukan jenis suka membantah . apa2 aku simpan dalam hati shj . let it go and at the end it disappeared by itself.

aku solat 5waktu sehari . itu sahaja . aku tak pernah solat sunat langsung . khatam alquran pun sebab berlumba dengan abang siapa cepat khatam dulu . hati aku tak pernah rasa ikhlas bila beribadat . aku masih berusia 12 tahun ketika itu . apa erti keikhlasan pun aku masih belajar mengerti . masuk usia 13 tahun , masih seperti dulu hanya solat 5 waktu dan jarang membaca alquran. aku tak pernah tinggalkan wajib tapi aku jarang sekali membuat pahala sunat . solat pun mama kena ingatkan.

waktu aku berusia 15 tahun , abah ajak solat berjemaah sebab esoknya pmr . aku tak habis baca lagi buku agama . tajuk form2 and 3 tak cover lagi . aku dah risau teramat . aku katakan tak nak. abah dan mama marah sangat . jadi aku pun ikutlah solat berjemaah . kemudian abah hulurkan yasin . aku ikutkan je . tapi waktu tu hati je tahu betapa risaunya aku sebab tak habis study. keyakinan memang takde mase jawab paper agama. tapi alhamdulillah , saat result pmr diumumkan , aku berjaya mendapat straight A. waktu tu aku baru sedar betapa hebatnya solat berjemaah dan yasin . keberkatan dr allah yg mengiringi kita.

tapi aku dapat rasa perubahan dalam diri saat aku melangkah kaki ke sekolah berasrama penuh . pada mulanya dalam hati tak nak pergi sebab sedih sgt nak tinggalkan kawan . tapi aku gagahkan jugak sebab demi masa depan aku dan parents aku . rasa pelik sgt saat berada di sekolah baru . setiap kali solat wajib berjemaah . membaca alquran dan berzikir dah menjadi kewajipan kat sek . solat sunat pun sama . mula2 aku ikut sahaja . org buat mcm tu , aku pun buat . kat rumah at least sekali dalam sebulan buat solat berjemaah dan baca yasin sama2.
tp lama kelamaan aku dah terbiasa dan aku sedar hati aku mula rasa tenang . setiap kali beribadah hati aku jadi sgt ikhlas dan redha .

bertudung kerana allah menjadi titik tolak dlm hidup aku saat kawan aku bertanya kepada aku , sudah berapa lama aku bertudung . aku jawablah sejak usia 9 tahun . die terkejut . die tanya , "takkan tak pernah once in a while kau bukak ?" . aku tersenyum dan hanya menggelengkan kepala. aku tanya pada dia , " kau nak bertudung ke ? " . dia cakap ,"hati aku masih tak kuat , mak aku selalu cakap dia suka sangat kalau aku bertudung . nampk manis . aku diam jelah . tak tau nak ckp ape." aku hanya mampu memberi nasihat utk dia nampak btapa byknya kebaikan dia akan dpt saat die bertudung kerana allah . hidayah itu allah sahaja mampu bagi.

alhamdulillah beberapa bulan kemudian , dia berkata "mira ,kita dah bertudung sekarang ." .ya allah syukur yang teramat aku rasakan waktu tu kerana dia berubah kpd kebaikan. saat itu , aku tak pernah sesekali pun rasa rimas bila bertudung . aku jadi lebih ikhlas. kalau tak bertudung , aku rasa mcm aku telanjang. nadhirah merupakan org yg byk membuka mata aku tentg dosa yg aku lakukan selama ni . aku berazam pada diri aku , aku mahu beribadat bukan kerana paksa lagi .tapi kerana allah . aku jadi lebih berhati2 bila bercakap . takkan melenting kalau marah . aku jadi lagi tenang .subhanallah , betapa hebatnya kuasa allah.

dan vid wardina saffiyah membukakan mata aku lebih luas lagi tentang kehebatan allah swt. dan satu sahaja harapan aku , aku mahu mati dalam iman . insyaallah .

kawan2 , aku sentiasa mendoakan terbaik utk korang semua dan aku berharap kawan2 aku melakukan yg sama utk aku . mama selalu cakap , keberkatan hidup ni bukan hanya bergantung kepada doa kita sendiri tapi doa org sekeliling kita. insyaallah semoga kita berubah utk kebaikan :)

3 comments:

Miza said... [Reply]

Amirah, kita nak repost about this video at my blog please :) Suka sangat video ni. Thank you for sharing this with all of us :) You are soooo good really and very very nice :) Teruja dengar cerita awak jugak :')

myra zahirah said... [Reply]

boleh boleh . no prob :) thanks for reading miza .

Miza said... [Reply]

Okay thanks back! :)