aku bersyukur dengan keputusan Allah :)


Assalammualaikum :)


sebelum aku start habaq tentang result aku . klik link kat atas . insyaallah tenang jiwa kita . wajib klik :) penat aku copy paste url tu HAHA

okayyyy , result aku tak segempak orang lain . memang tak gempak manapun . orang dgr agak terkezzzuuut persis aku ni fail . haish ! manusia , susah nak tutupkan mulut . suke hati hanglah . aku tak cari masalah dgn hang , jgn hang dok lenggang kaki nak cari masalah . pada mulanya bila nama aku tak diumumkan untuk pelajar yang dapat 8A and 9A , aku dah nangis teruk . then kwn aku peluk aku dgn sgt erat . aku ingatkan dia nak comfort aku , end up dia pun nangis teruk sama dgn aku .macam kelakar pulak bila ingat balik .

so , after ambik slip spm , first thing aku kira berapa banyak A . waktu tu tak pndg A+ , A , A- , B or C skalipun . bila dah kira , aku terus nangis dalam pelukan ayah aku . sedddiiiiihhh yang teramat bhai . mungkin sukar bagi aku sebab semasa upsr dan pmr , aku merupakan antara pelajar terbaik . tapi tidak untuk spm . kind of speechless . and then bila kwn baik aku call cakap psl result dia , aku lagi rasa nak nangis teruk . so after jumpa cikgu ucapkan terima kasih , aku pun segera memblahkan diri dari situ . tak sempat nak jumpa semua kawan <---ni pun sedih jugak:'(

sepanjang perjalanan balik my parents really motivates me . aku ingat apa yang mak aku cakap , "allah bagi kita sikit-sikit , kalau dia bg skali sederap , takut kita takbur ."
"hati kena redha , kalau tak hilang keberkatan untuk rezeki yg seterusnya"
"nabi syg umatnya yang redha dgn ujian Allah dan berusaha tanpa mengaku kalah "
"bila kita dah dpt degree , takdenya org tanya spm dpt brpe . bila dh dpt master , takdenya orang tnya psl degree , dan bila dah dpt phd , takdenya org tnya psl master ."

mak aku memang sesuai gila jadi motivater HAHA . setiap butir kata mak aku menusuk ke dalam jiwa . parents aku lagi redha dgn result aku drpd aku sendiri. mula-mula susah jugak nak redhakan hati sebab aku berusaha sehabis baik untuk spm . namun apakan daya , bukan rezeki aku . bila mama abah start motivates me , aku start bangun balik . makan pun jd selera balik doh HAHA aku ingatkan kalau result aku teruk , aku nak duk terperap dalam bilik , menangis yg tiada sudah . tapi fikir balik , aku nangis mata air darah pun , slip tu tak boleh nak tukar jadi A pun .

tapi malam semalam , aku nangis kembali . tidaakkkkk ! cop , ni bukan nangis kekecewaan , ni nangis keterharuan , suke hati aku je tukar vocab HAHA people around me really motivates me . jangan cepat berputus asa . bila perhati balik result aku , tkdelah teruk pun cuma A jelah yang kurang . aku takde A- , A yang aku dpt adalah A+ dan A . wahhh , dah cukup hebat tu sebab masa form 4 and form 5 , tak pernah merasa pun mcmne perasaan orang dpt A+ tu . and skrg aku dpt merasa , alhamdulillah :)

then aku post something kat FB , then jadi macam ni . meh tengok


BACA DR AWAL SAMPAI HABIS . WAJIB !!aku sgggggtt terharu . ramai yang menyokong aku . tak bagi aku cepat mengaku kalah . so kepada kawan ku sekalian , ingatlah saat kesedihan carilah orang yg mampu buat kita tersenyum . waktu beginilah kita akan nampak the true colour of our friends . adakah dia akan memberikan semangat ataupun hanya buat dont know .


i really wanna thank my parents that nvr underestimate me . mama cakap i have done my very best . mama nampak aku dah berusaha sehabis baik . nampak stress sgt wajah aku masa dah nak dekat spm . stress sgt ke ? HAHA .

pada mulanya aku pertikaikan , kalaulah kaki aku tak sakit masa spm , kalaulah aku tak tahu tntg penyakit aku masa spm mesti aku dah buat lebih baik . tp jikalau difikirkan balik , allah bagi kita kesakitan bukan sebab allah mahu seksa kita tapi mengajar kita untuk bersyukur dgn apa yang kita ada . kalau kita cakap result kita teruk mcmne sekalipun , cuba fikir orang yg kat bawah kita . ada yang 1000kali lagi teruk . kalau pandang atas , sampai bila-bila pun kita akan rasa kita ni teruk . mana ada manusia yang kat dunia ni tak pernah gagal . kau cuba cakap kat aku kalau berani . cuma bentuk kegagalan setiap manusia tu berbeza . disebabkan aku sudah melalui banyak kejayaan once aku gagal , aku terlalu terkilan . perit dooohh ! tapi aku compare kan result aku dgn trial haritu , sumpah result spm lagggggii bagus . so bersyukurlah dgn apa yang anda ada sekarang sebab akan ada yang lebih baik menanti kita lepas ni :)

sekarang ni aku gerenti mesti ada orang yg tgh nangis terrruuukk dgn result dia . cheer up my friend . ukirkanlah senyuman di wajah anda . insyaallah tenang seketika . tiada lagi tempat kau memohon selain drpd Allah . jangan sesekali pertikaikan apa yang allah dah bagi sebab itu menunjukkan yang kita tidak bersyukur langsung dgn apa yang kita dapat . kawan aku semua pelik tengok aku , result aku lagi teruk drpd diorang tapi aku yg bagi semangat kat diorang . terbalik doohh HAHA tp mak aku ajar , bila kita bangkitkan semangat kwn untuk bangun semula , kita dapat pahala tau . okayy , siapa nak nasihat aku . meh habaq aku . aku rasa aku boleh jadi motivator yg sgt baik AHAKxD kwn aku yang satu hari tak makan dan menangis tak berhenti , sudah berjaya makan semula dan boleh senyum sambil gelak . hebat tak aku ? kayy ,aku prasantan HAHA

kalau nak aku teruskan nasihat free of charge ni , hurmmm sampai esok pun aku tak habis taip .so conclusion siapa nak semangat untuk bgn semula , silalah berFB ataupun bertwitter dgn aku . aku sedia mendgr rintihan :)

k toddles :)



12 comments:

wan aidil anwar said... [Reply]

wehh, thanks. aku rasa macam kau tengah nasihat aku ja. :D

myra zahirah said... [Reply]

your welcome :) alhamdulillah tlg sesama kawan kan bagus . bila ada yg jatuh dah menjadi keutamaan kita untuk tlg. kan kan ?

wan aidil anwar said... [Reply]

yawww. betul betul. :D

Zaboravi Autorun said... [Reply]

Z, for me you never fail n you always be with your zealous every where you go. sy rase tergugat kot tgk kmu semangat gila kt seseri dlu. i want that old Z. even kita x rapat mana, kita still housemate, schoolmate n even satu batch. x sume bdk straight A dpt survive. you hv your own talents that you yourself not yet discover. so korek your talents n be the new you with you previous zealous. sekian. -danie-

myra zahirah said... [Reply]

daniiiiii , your words really touched my heart . thanks :) haa , tk boleh lupa kalau jumpa dani mesti sapa hai dgn penuh smgt HAHA . U REALLY MADE MY DAY :) ya , i will discover my talents somehow insyaallah . skrg pn dh mula nmpk :)

Zaboravi Autorun said... [Reply]

YES, that's the real Z. bru nk ckp td, "sapa awak? ape awak dh buat kt Z sy?" hahaha. agak lah. tgor sy dgn bersemangat. :D
disebalik kesulitan ada hikmah nya okay. so SMILE yawww :)

myra zahirah said... [Reply]

yupp , setiap manusia akan merasai kegagalan dlm hidup . the difference is how u manage it . i smile always u know HAHA plus my mom will not allow me to cry . nanti kena marah HAHAHA

❖ FS ❖ said... [Reply]

Pape pun tahniah okay ! Jauh lagi perjalanna kita hewhew

myra zahirah said... [Reply]

betul ! thanks btw :)

amenina timida said... [Reply]

rase motivated bile bace post akak. fiy, saye tgah tunggu result SPM 2012 3,4 hari lagi ..bile bace post ni,sy jd lebih bersedia untuk terima ape saje keputusan nanti.thanks akak !

Amal Sweeto said... [Reply]

Really motivated now. Thanks akak. Me same with you... Sedih sgt my spm result is not good. even upsr and spm, saya dapat top student. I dont know what to do now... Akak belajar kat mana ye skrg? :)

myra zahirah said... [Reply]

Salam amal . sorry for the late reply . just finish with my midsem exam . sorry again . oh currently akak belajar dekat mansoura university ambik course medic . alhamdulillah dah masuk sem 2 . apa yang akak boleh bantu awak ? u can just email me (myra_zahirah@yahoo.com) or IM me on fb if u need any explanation regarding this thing . insyaallah akak cuba tolong :)