jangan dikata susah , nanti betul-betul susah


Assalammualaikum :)

dikala budak berusia 18 tahun ataupun lagi beberapa bulan nak menginjak usia 18 tahun sibuk menatap wajah lappy masing-masing untuk mencari scholarkapal(scholarship) mahupun membuat survey tentang course yang diminati , aku tertarik dgn satu perkara .

meh jenguk jap ,

"wehh , agak2 tough tak ambik engineering ? "
"medic ? owh semestinya tak nak . susah doh . "
"jadi cikgu lah senang , pagi mengajar , petang dah boleh guling-guling atas katil "

okayyy , shetoppppp right there . can u stop make such nonsense ? asik dengar perkataan SUSAH SUSAH SUSAH SUSAH . ehh fedup aku . seperti mahu padam perkataan tu dari kamus dewan bahasa pustaka agar tidak akan ada lagi manusia menggunakan perkataan itu . haaa , aku start buat karangan pasal perkataan susah , baru kau tahu !

tidak ada pekerjaan yang kat dunia ni senang . kalau ada cakap dengan aku .meh aku pak pak dan pang pang orang tu . even kalau nak makan jewwww sekali pun , kau kena ambik pinggan , cedok nasi , basuh tangan dulu , baca doa makan , ambik lauk letak kat pinggan baru makan . nak makan pun banyak benda nak kena buat . tapi kenapa orang cakap makan tak susah ? sebab kita dah buat benda tu setiap hari setiap masa . jadi semua orang cakap senang . kalau nak senang , jadi raja . semua benda orang sediakan . itu pun menjadi raja bukan senang , kau memerintah negara . banyak benda nak fikir . same goes to study . kita tak boleh expect course tu susah until kita sendiri yang melaluinya . hanya kerana certain negative perspective from unmatured people who is trying to learn about life said to u , it doesnt mean it's gonna be that hard .


memang aku tak nafikan belajar medic tidak mudah . tapi susahnya macam mana ? aku sendiri dah bertanya dengan ramai senior yg sedang belajar medic . ada yang baru 1st year , ada yang dah masuk 3rd year dan ada yang dah graduate and sekarang menjalani housemanship . tapi senang je jawapan mereka bila kita kata susah , memang tidak mudah , tapi insyaallah dengan keyakinan serta usaha yang berlipat ganda , benda yang susah pun akan jadi senang . see ?

aku ada bertanya abang aku tentang engineering because he is now studying mechanical engineering . dah masuk second year dah pun . balik rumah mesti cakap tension belajar engineering . tp result abang aku tak pernah mengecewakan . every exam ,pointer more than 3.5 . even dia cakap susah pun , tapi kenapa dia boleh skor ? sebab dia berusaha sebaik mungkin dan belajar dengan sepenuh hati . alhamdulillah :) abah sendiri cakap , belajar engineering lagi susah dari medic sebab medic cuma menghafal . engineering kena hafal dan faham konsep .

but eventually whatever course we take , kalau kita usaha sebaik mungkin berserta minat yang mendalam . insyaallah baik punya <--curi tagline dafi. nak cakap jadi cikgu senang ? nak jadi cikgu , 5 tahun kena belajar . sama je kalau kita ambik engineering dan medic . jangan ingat jadi cikgu senang . u have to give full commitment when u become a teacher . sebab tanggungjawab anda adalah memberi ilmu kepada pelajar . sukar kalau ilmu yang disampaikan tidak difahami pelajar . nak kena key in markah , kena update file , buat laporan , ada event kat sekolah kena manage , budak yang lemah kena bagi lebih attention , kena pergi kursus itu ini blablabla . haaa, terbeliak mata dan ternganga mulut anda ? memang itulah realitinya . bukan mudah nak menjadi cikgu . mak aku pulang ke rumah tidak pernah dalam keadaan yang ceria . mesti penat . tapi puas , kenapa ? sebab dapat memberi ilmu kepada pelajar . tengok pelajarnya berjaya .


senyum diwajah cikgu aku menandakan aku ni antara muridnya yang paling rajin ,
tak gitu cikgu ? hahaha (aku prasantan lagi)

see ? tak pernah ada pekerjaaan kat dunia ni senang . even kalau orang tu buka business sendiri . aku rasa penatnya sama je seperti orang yang bekerja di pejabat . even kalau tidak bekerja , dan hanya menjadi surirumah sepenuh masa pun penat juga tau . ingat tak penat ke , mengemop lantai , menyapu , membasuh baju , menyidai baju , memasak , mengemas rumah ? heyy , penat giler bhai . been there done that . errr , i mean kerja tu semua . bukan jadi surirumah . aku belum kawin . aku tak layak dapat cop surirumah tu . HAHA okay aku melalut .

so , conclusionnya . semua perkara akan menjadi mudah sekiranya mindset kita mengatakan mudah . nothing is impossible . aku ada tagline baru . kalau orang tanya kenapa aku nak buat medic , senang je jawapan aku ,

susah ke senang ke aku redah je . sebab niat aku untuk membantu umat islam .

so lepas ni jangan tanya aku lagi kenapa aku nak jadi doktor . dah namanya jadi doktor , takkanlah aku memasak dekat wad koooootttt . haish!


2 comments:

fareez haptism said... [Reply]

beb.lu tak bole la kate bergitu.gua pown stadi jgk engineering.gua struggle bagai nak rak beb sampai raye pown gua tak balik.gua semayang la sorang2 kt masjid kt area u ni tanpa sanak sedare.nak kate above 3.5? harapan lah.gua mmpu dpt bawah 2.5 je.yg abg lu dpt 3.5 pown itu sbb dye mmg bijak.sekian.assalamualaikum~

myra zahirah said... [Reply]

alhamdulillah dia cerdik . tp yg membezakannya kan rezeki dan usaha setiap manusia . nampak kesungguhannya . kalau genius manapun tp usaha takdo mengharap rezeki trun dari langit , mmg takkan dpt pointer tgi jugakkan . mungkin rezeki awak bukan sekarang insyaallah nanti :)