Kenapa , why , kenapa dan why ?


Assalammualaikum :)

Kenapa dan kenapa aku meletakkan tajuk post sebegitu ? Sebab aku ni kan pemerhati terhebat . Di mana sahaja aku berada , di ufuk utara , timur , timur selatan , barat , barat laut , sungai , kolam dan di mana sahaja dipanggil tempat. Ehh , aku perhati orang bukannya in creepy way sampai berjam-jam menonton dia . Tidaaakkk ! Kalau aku rasa orang tu done different things from other , baru aku observe .

Tamsilannya , eceh ceh mentang- mentang dah lama tak beradu tenaga dgn kawan aku siapa siap karangan dulu. Err , back to the story . Ada seseorang tengah membaca buku biologi dan seorang lagi tgh bercakap menggunakan iphone di dalam ktm , haaa mesti kau nak tgk kan ? Aku tahu , mesti kau tgh menganggukkan kepala tanda apa kejadah punya cntoh aku bagi . Haha :D ehh , bab budak baca buku bio , aku tk tipu . Memang itu merupakan hari pertama aku merdeka daripada spm , tup tap ada budak baca bio . Gila psycho doohh !

Okayy... Aku suka menimbulkan persoalan dalam benak cerebrum dan cerebellum aku HAHA .Lately ni banyak soalan yang aku perlukan jawapan .

Soalan pertama ,
Kenapa ada orang sanggup berhabis duit pakai baju mahal tapi hutang keliling pinggang ? Bahasa mudah , bajet kaya .
Jadi , aku bertanyakan kpd mak aku sebab bab macam ni mak aku mesti bagi penerangan yg susah untuk aku mencari fullstopnya .
Mak aku cakap memang ada orang macam tu . Dia tak sedar mana kemahuan dan mana keperluan . Kemahuan didahulukan drpd keperluan . Memang cari susah sendirilah kan . Itulah pnrgn yg dipendekkan . Senang story, semuanya kerana nafsu .hennngat aku tak teringin ke nak beli tas tangan gucci , terompah charles&keith , ataupun kentang wedges clarks ? Mestilah nak . Tapi setiap kali terpesona dgn brg sebegitu, aku mesti cakap kat diri aku "takpe anggap belum ada rezeki." and alhamdulillah setiap kali cakap mcmtu kat diri , aku dpt merelakan pemergian barang yg ku mahu . Takpun , aku tanya diri aku ," bawak benefit ke tak ?" kalau tak , aku akan segera belah dr situ. Itulah cara aku tangani nafsu terhadap barang . Harap dpt bagi tips kpd penggemar brgn mahal .

Soalan kedua ,
Kenapa ada orang pakai kereta mahal tetapi duduk rumah yg murah , sempit dan tak selesa ?
Kali ni aku tanya mak bapak aku .
Ayah aku cakap orang sebegini tak fikir keselesaan tapi pikir mahu dipandang orang . Sebab kalau ke mana-mana , orang mesti nampak kereta yg dipandu . Ada ke orang bawak rumah ke mana sahaja mereka pergi ? Kalau ada , maknanya org itu sdg menempah tiket ke tanjung rambutan. prinsip hidup dia , Hidup mesti dipandang tinggi oleh orang .mak aku pulak cakap , orang begini tak pernah fikir keluarga . Dah banyak sgt cerita tauladan yg mak aku bagi dan aku sendiri nampak depan mata . kalau setakat masih bujang , duduk rumah flat tapi pakai kereta mini cooper takpe . Sebab rumah tu dia sorang duduk . Tapi kalau dh beranak pinak , isteri dan anak nak duduk mana di rumah . End up bentang cadar , tidur kat ruang tamu . So , bermakna ruang tamu merupakan bilik tidur . Jadi utamakanlah apa yang lebih penting .

Soalan ketiga ,
Kenapa terdapat masyarakat kini yang suka bertandang ke majlis kahwin dengan memakai seluar jeans ?
Bagi aku sgtlah tak proper . K fine lah kalau lelaki . Ini bukan laki , prempuan cik kak oi . Lately ni , ramai orang kawin dan aku ni memang suka pergi kenduri kawin . haha :) ini fakta bukan auta . Terkezut den ada yg dtg pakai blaus dan jeans .bagi aku , waktu kenduri kawinlah kau nak rasa pakai baju tradisional kebanggaan kita . Ini tidak. fesyen barat juga dibawa ketika menghadiri majlis walimatulurus . Waktu ni lah nak vouge kan diri dgn koleksi baju kurung , baju kebaya , baju kebarung , jubah yg anda ada. Waktu lain , takde punyeeewwww . Hambek kau , keluar eeeeeww aku . Biarlah pemakaian kita tu kena pada tempatnya . Cuba kau bayangkan , ada ke kau berbaju kurung waktu cuti-cuti malaysia ?Takkan . Sebab kau tahu itu bukan tabiat tapi buang tebiat . Samalah juga bila menghadiri kenduri kawin . Siapa yang nak menjaga warisan kebudayaan kita kalau bukan kita sendiri ? <---- err, macam buat karangan bahasa melayu bhai . haha :)

Soalan keempat ,
Kenapa ada orang berfikiran skeptikal dan memberikan riak wajah seperti mahu ditampar bila kita cakap kita duduk kampung?
Aku sangaaaaaatttt hot seperti baru makan segenggam cili padi bila jumpa orang cenggitu . Heyyy , I duduk dekat kampung dah nak 15tahun tau . Henggat aku duduk kampung , aku tak boleh berfikiran terbuka dan moden ke ? Apa guna kalau berfikiran terbuka tapi tk berlandaskan agama . Buang salivar kau je nak berceramah dgn aku . Cakap jangan sebarang cakap tau . Tak semestinya orang tu duduk kampung , rumah dia mesti rumah kayu yang bergegar-gegar saat kereta atau lori berdrift depan rumah . ingat orang kampung tidak boleh maju ? Kau kenal keluarga sidek ? Bukan diorang ke yg berjaya mengharumkan nama malaysia di persada dunia melalui sukan badminton? Ape kena mengena diorang dgn aku ? Sebab kitorang duduk satu daerah yang hang dok panggil kampung .orang yg duduk satu perumahan dgn kau ada ? Cer cerita dekat aku. Kalau takdenya kampung , takkan wujud pekan . Kalau takde pekan , semestinya takkan ada bandar metropolitan yg hang duk banggaaaaaa sangat tu. Biarlah semua aspek dalam hidup , kita bersederhana . Dont judge people straight forward just because they come from a low class family . Each human being in this world deserve a respect from people no matter how much money they earn or where they come from . Please dont be too judgemental because it's not worth it all . no one has a perfect life . nobody ! so just accept people for what they are :)
Okayy , itulah persoalannya . Banyak lagi sebenaqnye. Tapi kalau aku duk cerita , sampai esok pun takkan habis . Balik kepada diri sendiri , muhasabah . Aku duk menaip pun , aku ingatkan diri jugak . Haaaa , kalau siapa yg ada jawapan yg tepat ,tulus dan mudah difahami bagi soalan di atas . Silalah tweet atau bermuka buku dgn saya :) toodles .

p/s - less than 10 days before result will be announced . insyaallah everythings gonna be just fine :) pray for the best . tawakal dan redha kepada Allah .

No comments: